Monday, May 12, 2014

Pengorbanan kecil wanita



Wanita dari kecil dibesar dan diberi kekayaan dari segi kasih sayang oleh keluarga yang tak terhingga.


Bila tiba suatu masa si ayah akan berkata 
"Anakku kau akan membesar dan terus membesar. Ayah tidak dapat menjaga kau lagi".


Si anak membalas dengan perasaan yang sedih
"Adakah ayah mahu menghalau aku? Ayah tidak sayangkan aku lagikah?"


Ayah membalas dengan senyuman
"Bukan begitu maksudku anak, kau akan membesar dan akan tinggal dengan lelaki lain. Maksud aku kau akan berkahwin dengan pilihan Allah iaitu jodoh kau". 


Air mata si anak hampir bergelinangan lalu berkata
"Aku tak mahu bersama orang lain. Aku mahu bersama ayah dan ibu. Aku
takut tinggal dengan orang lain".








p/s : I hate this part when i have to leave my family soon :'(